Saturday, April 26, 2008

Tahniah Ahmad Khairi & Terima kasih pd yg lain.

salam utk semua pelajar2 ku sayang...

1. Alhamdulh, ahmad khairi da mula post / jawab soalan ustzh ttg luqman hakim. Jawapan yg diberikan adalah betul. Thumbs up!

2. Terima kasih pd yg lain sbb da masuk / view blog ni, tapi jgn asyik 'tag' ajer.. kalau post kamu berbentuk soalan pun ok.. so samada ustzh atau sesiapa yg tahu / maklum ttg perkara tu, blh dijawab atau dikongsi.

3.Boleh tak kalau sesiapa yg post letak nama sekali, jadi ustzh tahu siapa gerangannya. Kalau nak guna nama timangan ke samaran ke tapi nama yg betul mesti diletakkan ok?

syukran
Ummi Musaddiq
A'ishah Ismail

Friday, April 25, 2008

Hatred that changed to passion

Salam semua,

tgk title pasal post nie bukanlah ader kene mengena dengan cinta - cintun ni semua tetapi ini adalah salah satu tazkirah yang pernah saya kongsi bersama klas.. Saya post tentang perkara ini, sebab kesian kat siapa yang tak dapat hadir klas pada hari tersebut.. Bismillah..

Pernah tidak kame terfikir sejenak bagaimana kebencian seseorang boleh bertukar kepada cinta. Di dalam hadith, La Tahzan , tercatit," Jangan sesekali kamu membenci seseorang itu dengan hati yang dengki kerana kamu akan terkejut apabila die adalah orang yang paling kamu cintai, dan jangan sesekali kamu mencintai seseorang dengan sepenuh hati (cinta pada Tuhan hanya sedikit), kerana orang itu akan menjadi musuhmu"

Daripada ayat tersebut kita boleh kaitkan dengan sejarah Nabi Muhammad s.a.w bagaimana sikap nabi terhadap Khalifah Omar sebelum dia memeluk agama Islam. Sikap Khalifah Omar amat dingin terhadap nabi. Kebenciannya menjadi - jadi apabila bertemu dengan nabi. Pernah sesekali Khalifah Omar cuba mencaci nabi, tetapi nabi tidak bersikap agresif. Lihatlah bagaimana nabi bersikap kepada orang yang membencinya. Nabi tidak sedikit pun mempunyai perasaan dendam, dengki mahupun dingin terhadap Khalifah Omar. Kita mengenali Khalifah Omar kerana ketangkasaan dan ketegasannya sehingga syaitan takut kepadanya. Tetapi dengan pertolongan Allah s.w.t, dia telah membuka hati pintu Omar dan meneranginya dengan cahaya Islam dengan bacaan adiknya yang sedang membaca ayat suci Al - Quran. Akhirnya, kaum muslimin menjadi kuat kerana adanya semangat perjuangan dengan adanya orang seperti Khalifah Omar. Khalifah Omar memainkan peranan dalam pembangunan Islam.

Sekarang, fikirkan semula, bagaimana kisah ini boleh dikaitkan ke dalam kehidupan seharian kita. Cerita ini membawa maksud supaya kita tidak seharusnya membenci orang yang bukan dari agam yang sama dengan kita sebaliknya, kita harus melayan mereka sebagai kawan muslim kita juga. Tidak ada perbezaan yang besar antara kita dan kawan kita yang bukan dari agam yang sama. Kita boleh ada kawan karib berasal agama kristen ataupun buddha. Jadi ingatlah kisah ini,
JANGAN SESEKALI MEMBENCI SESEORANG DENGAN TIDAK ADA ALASAN YANG MUNASABAH

Sunday, April 20, 2008

Misteri Watak Luqman Hakim

OK ini utk pengetahuan ramai ttng soalan-soalan Ustazah yang dari dulu tu tentang lelaki bernama Luqman Hakim

1)Adakah beliau seorang nabi / rasul?

Ibnu Abbas berkata bahawa Luqman bukan Nabi, juga bukan Raja, namun seorang penggembala, berkulit hitam, yang kemudian diberi kurnia kemerdekaan dan ilmu pengetahuan.


2)Siapakah beliau?

Luqman bin Baa'ura' dan dia hidup selama 1000 tahun, sehingga berjumpa dengan Nabi Daud a.s belajar ilmu dan pengetahuan daripadanya.

3)Di zaman siapakah beliau hidup?

Ada banyak pendapat ahli Tafsir mengenai sejarah Luqman. Ada yang mengatakan dia Nabi pada masa antara Isa dan Muhammad s.a.w. Ada yang mengatakan kadi pada masaBani Israil dan lain-lain lagi. Tetapi pendapat yang paling banyak mengatakan, bahawa Luqman bukanlah Nabi, tapi seorang yang diberi allah 'HIKMAH' yang hidup pada masa Nabi Daud a.s.


Orang Luqman Hakim ini ada banyak cerita mengenainya tapi saya cuma nak share satu aje...

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


Wah hebatnye dier ni.....

Surah Al-Luqman ayat 13-19 di dalam Al-Quran semua ayat-ayat ini merupakan nasihatnya kepada anak-anaknya.

----

Ish takkan nak post pasal luqman hakim aje....

Ini dipetik dari: http://www.asida.net/?cat=3

Ambil lah sedikit masa anda untuk membaca dan menghayatinya.


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng!.. bunyi…. aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.Aaaaa!!!!… Ya Allah….. lagilah seram dibuatnya.

Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh… cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni… habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih… Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba…. terdengar satu bunyi…. uuuuuuuuuuuuu… Bunyi lebah bawa madu.

Hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu berkata, “Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni.” kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Sebenarnya
Si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu… madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah…

...

Website ini have a lot of tips and advice on kehidupan dan article ini datang dari section archive for tazkirah which is very interesting and kalau baca pun, tak akan rugi.



wah panjangnya post


Alhamdullilah
Khairi

Saturday, April 19, 2008

Anak Soleh

Salam pelajar2 yg ustzah sayangi.. ustzh selalu pesan jgn sesekali membuat ibu ayah kita menangis krn berkecil hati sikap kita.. tapi biarlah tangisan mereka kerana mensyukuri dengan dikurniakan anak yang baik atau gembira dengan sikap kita.


Kadang2 kita abaikan permata ini.. tapi bila da tak de baru kita sedar. Ingat, keredhaan tuhan terletak pada keredhaan kedua ibu ayah kita.. Ini lah doa anak yang soleh..


Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku
Wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku
Wahai ayahku
Redhakan diriku

Ku hulurkan salam untuk Rasul junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya 'Alim Ya Rahmanu Ya Rahim (2x)

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasihi ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku
Rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Chorus:
Selamatkan mereka dari azab neraka
dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan taliMu
Amin Ya rabbal 'Alamin
Hubungkan mereka dengan taliMU
Amin ya Rabbal 'Alamin

#Chorus

Wahai Tuhan
Limpahkan hidayahMu untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyayangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

#Chorus

Wahai ibuku wahai ayahku
didiklah anak-anakmu
moga menjadi penyejuk di mata
penawar resah hatimu

ampunkan segala keterlanjuranku
halalkan makan minumku
doakan semoga aku selamat
dunia dan di akhirat

#Chorus


Ummi Musaddiq

Friday, April 18, 2008

budak kecil 4 thn



seorang budak lelaki ini keluarganya memang kristian dan tidak tahu bahasa arab,

pada umur 4 tahun dia dapat dapat satu perkataan dari mimpi.. seorang lelaki yang pakai baju warna putih dan berdiri di bawah pokok. dan diajarkan kepadanya segala galanya tentang islam yang sebenar yang diajar oleh rasulullah s.a.w...

budak kecil ini telah menerangkan kepada semua org siapa itu Allah dan tidak boleh meyekutukan Allah. dan dia juga te;ah berceramah kepada semua manusia akan maksud islam yang sebenarnya. dan selepas kejadian itu keluarganya dan semua orang yang melihat kejadian itu telah terbuka hatinya untuk memasukki agama islam dan telah percaya bahawa islam adalah agama yang hebat.

Labels:

Sekadar ingin berkongsi

Salam semua

Saye terjumpa lagu nie kat youtube dan ingin share ngan u all semua. lagu ini cukup menyayat hati. Selepas lihat video ini saya berharap semua org dpt bersyukur atas segala nikmat yg Allah s.w.t telah kurniakan kpd kita. Bagi mereka yg sudah kehilangan meraka, saya berharap kamu dapat cekalkan hati dan kuatkan semangat utk teruskan perjalanan anda di alam yg fana ini.

Itu saja dari saya

http://www.youtube.com/watch?v=ngtKHRgKxgw

Thursday, April 17, 2008

forwarded msg;

FW: "True riches are the riches of the soul"
{Prophet Muhammad S A W}
Assalamualaikum...
kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru,
hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan kafir laknatullah.
surah surah itu adalah:
AL-IMAN, AL-WASAYA, AL-TAJASUD, AL-MUSLIMOON.
JANGAN SESEKALI layari laman web www.thequran <http://www.thequran/>. com
(Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu.

Wednesday, April 16, 2008

Ring tones (Quran Ayat)

salam semua,


Just an information to share :)


FATWASaudi council of Muftis has given a unanimous Fatwa that ring tones on QURAN AAYAT are HARAAM because the AAYAT are not complete when we pick the phone and meanings of AAYAT changes when they are not complete.


QURAN is for Hidayat and not for ring tones, Please inform others..


BE ADVISED...

Don't say 'Mosque' Say always 'Masjid'. Because Islam organization has found that's mosque = mosquitoes

Don't write 'Mecca' write always correctly 'Makkah'. Because Mecca = house of wines

Don't write 'Mohd' write always completely as 'Muhammad'. Because Mohd = the dog with big mouth.


Wallahu a'lam.

Ummi Musaddiq



Ahlan Wa Sahlan {2}


salam semua...


1. terima kasih siti rabeetah sbb sudi terima 'tugasan' utk coordinate platform ini. Ustzah harapkan dapt dimanfaatkn sebaik mungkin, insya allah.


2. ustzah ada maklumkan pd minggu lepas, ustzh ada bagi bbrp buah buku kpd pelajar kbm 3 utk dibaca & dikongsi bersama dgn rakan2 yg lain di blog ini. mus, adib, khairi, sabrina & melor. Jgn lupa dlm masa 2 bulan ni, harap baca tau.. kemudian buku2 ini akan dibaca oleh rakan2 yg lain.


3. Kamu semua kenal tak siapakah LUQMAN HAKIM spt yg disebutkan di dalam Al-Quran sehingga ada surah khas iaitu surah Luqman? Adakah beliau seorang nabi / rasul? Siapakah beliau? di zaman siapakah beliau hidup? Jeng jeng jeng... siapa nak jawab? silakan... Insya allah ustzh akan share dgn kamu semua tapi ustzh nak kamu cari maklumat berdasarkan soalan di atas..


4. Ustzh melihat platform ini sbg ruang berkongsi maklumat atau bertanyakan apa2 soalan yg dikongsi bersama..


Akhir sekali, Jazakumuallahu Khairal Jaza'...

Syukran

A'ishah Ismail (ummi musaddiq)


Sunday, April 13, 2008

*Ahlan Wa Sahlan*

Assalamualaikum wr wbt.

Ok sebelum aper2 sayer nak ucapkan ribuan terima kasih utk peminat2 sayer di luar saner kerana menjayakan blog ini...(ceyy yea yea jerr aku nie..hehe)...xder la terima kasih kpd SITI RABEETAH kerana meluangkan maser utk menyiapkan blog ini. Sayer berharap pelajar2 yg lain dpt memberi sokongan dgn berikan comment2 anda dan buah fikiran anda semua...


Baik lahh sebelum kiter mulakan post-mengepost nie...sayer raser cam nak letak ground rules sikit la...sikit jerr x bnyk...OK x semua....(reply sendiri...OKAY!!!!!!!)

1) Post2 anda semua sebaiknyer dlm bahasa melayu kerana ustzh lebih biase dgn bahasa nie,tapi bagi pandangan sayer...kalau siaper2 lebih sesuai dan dpt sampaikan idea dgn lebih baik dlm bahasa om putih...teruskan lahh yea..hehe..(tapi bahasa mandarin,tamil,french,jepun tu semua jgn lahh yea...sebab sayer raser ramai yg x paham..=)...tapi sayer raser campur2 pun okay lahh kan...rojak2 cam sayer ngah tulis nie okay la kan...semua paham kan..kalau paham ok lah tu raser2 hehehe...x perlu terlalu formal k semua..

2) Jikalau anda hendak berikan comment ataupun tag/reply etc. cuba elakkan bahasa2 kasar atau kesat ehh...alahhh standard ahh..korang paham2 kan...sesungguhnya seseorg Muslim yg baik x akan menggunakan kater2 kesat kpd saudara2 nya yg lain..(btol ke ustzh ayat nie...hehe...)

3) Kalau korang nak letak nicknames kan...at least memperkenalkan lahh diri anda terdahulu supaya kiter semua kenal siaper anda ok...

4) Akhir sekali, buat lahh blog nie cam blog anda sendiri ok..tapi ingat ader batasan2 nyer ok..=)
Nak link kpd website2 best ke..nak share buku2 best ke..lagu2 nasyid..rock kapak..jiwang ke..hehe..xder la...anything yg korang raser bermanfaat utk manusia sejagat(hehe..utk kiter2 la)..silalah share di sini yea...

Baik lah...itu sajer dari sayerr...saya harap2 org ramai dpt berikan sokongan anda dgn usaha kami ini, insha-Allah....

Wasalamualaikum wr wbt...









Dari teman anda,









Musaddiq (Mr Mus)