Friday, April 25, 2008

Hatred that changed to passion

Salam semua,

tgk title pasal post nie bukanlah ader kene mengena dengan cinta - cintun ni semua tetapi ini adalah salah satu tazkirah yang pernah saya kongsi bersama klas.. Saya post tentang perkara ini, sebab kesian kat siapa yang tak dapat hadir klas pada hari tersebut.. Bismillah..

Pernah tidak kame terfikir sejenak bagaimana kebencian seseorang boleh bertukar kepada cinta. Di dalam hadith, La Tahzan , tercatit," Jangan sesekali kamu membenci seseorang itu dengan hati yang dengki kerana kamu akan terkejut apabila die adalah orang yang paling kamu cintai, dan jangan sesekali kamu mencintai seseorang dengan sepenuh hati (cinta pada Tuhan hanya sedikit), kerana orang itu akan menjadi musuhmu"

Daripada ayat tersebut kita boleh kaitkan dengan sejarah Nabi Muhammad s.a.w bagaimana sikap nabi terhadap Khalifah Omar sebelum dia memeluk agama Islam. Sikap Khalifah Omar amat dingin terhadap nabi. Kebenciannya menjadi - jadi apabila bertemu dengan nabi. Pernah sesekali Khalifah Omar cuba mencaci nabi, tetapi nabi tidak bersikap agresif. Lihatlah bagaimana nabi bersikap kepada orang yang membencinya. Nabi tidak sedikit pun mempunyai perasaan dendam, dengki mahupun dingin terhadap Khalifah Omar. Kita mengenali Khalifah Omar kerana ketangkasaan dan ketegasannya sehingga syaitan takut kepadanya. Tetapi dengan pertolongan Allah s.w.t, dia telah membuka hati pintu Omar dan meneranginya dengan cahaya Islam dengan bacaan adiknya yang sedang membaca ayat suci Al - Quran. Akhirnya, kaum muslimin menjadi kuat kerana adanya semangat perjuangan dengan adanya orang seperti Khalifah Omar. Khalifah Omar memainkan peranan dalam pembangunan Islam.

Sekarang, fikirkan semula, bagaimana kisah ini boleh dikaitkan ke dalam kehidupan seharian kita. Cerita ini membawa maksud supaya kita tidak seharusnya membenci orang yang bukan dari agam yang sama dengan kita sebaliknya, kita harus melayan mereka sebagai kawan muslim kita juga. Tidak ada perbezaan yang besar antara kita dan kawan kita yang bukan dari agam yang sama. Kita boleh ada kawan karib berasal agama kristen ataupun buddha. Jadi ingatlah kisah ini,
JANGAN SESEKALI MEMBENCI SESEORANG DENGAN TIDAK ADA ALASAN YANG MUNASABAH

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home